Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Tuesday, September 29, 2009

Gilirkan Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?

Hari ini, 29 September 2009, Berita Harian melaporkan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang sama rata kepada semua kaum untuk menjadi pemimpin bagi menggantikan formula Barisan Nasional (BN) yang memberi jawatan tertinggi itu hanya kepada kaum Cina dan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Melayu.



Penulis hanya tersenyum sahaja apabila membaca berita ini. Terbayang-bayang, bagaimana agaknya wajah Lim Guan Eng bila membaca cadangan ini. Sanggupkah bapanya, Lim Kit Siang memberi ‘perkenan’ kepada kaum lain, terutamanya kepada kaum Melayu untuk menduduki jawatan No. 1 di Pulau Pinang ini buat pertama kali?

‘Formula Baru’ sebagaimana yang dicanangkan oleh Pemuda PKR PP ini pun sebenarnya bukanlah ‘baru’. Sebenarnya, formula ini juga telah diperkenalkan oleh Barisan Nasional (BN) semasa memerintah Negeri Sabah selepas Pilihanraya 1990 dahulu. Bezanya, jawatan Kemua Menteri Sabah ketika itu digilirkan antara Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan Kaum Cina untuk tempoh setiap dua tahun. Walaubagaimanapun, sistem ini kemudiannya menimbulkan bantahan dan pelbagai masalah lain. Namun ia tetap terpaksa dilaksanakan ketika itu kerana keadaan politik Negeri Sabah yang kompleks.

Dalam konteks Pulau Pinang pula, sebelum Pilihanraya 2008 yang lalu, salah satu punca kejatuhan BN adalah kerana kesilapan tidak mengumumkan pengganti Y.B. Tan Sri Koh Tsu Koon lebih awal. Justeru itu, DAP mengambil kesempatan memainkan api perkauman dengan menuduh UMNO ingin melantik orang Melayu menjawat jawatan No. 1 PP dan perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan undi masyarakat bukan Melayu seterusnya mengundang kejatuhan BN.

Justeru itu, adakah DAP berani menjilat kembali ludah mereka dengan membenarkan kaum bukan Cina khususnya Melayu untuk memegang jawatan KM PP selaras dengan tuntutan Pemuda PKR yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak bersikap perkauman seperti BN? Malah, nak beri jawatan EXCO kepada wakil tunggal PAS pun payah, akhirnya diberi jawatan saguhati menjaga Majlis Agama Islam Negeri. Dalam konteks lebih luas, adakah semua kaum di Pulau Pinang bersedia untuk menerima KM dari kaum-kaum minoriti seperti daripada Kaum India yang hanya berjumlah lebih kurang 10.4% sahaja jika sistem penggiliran tersebut benar-benar dilaksanakan? (Sudah tentu HINDRAF & lain-lain NGO India akan memperjuangkan agar kaum India turut diberi giliran menjadi KM PP).



Sedikit catatan, kaum Melayu di PP sebenarnya berpeluang untuk menjadi KM pada pilihan raya umum 1990, apabila UMNO memenangi 12 kerusi manakala Gerakan hanya memenangi tujuh kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi. Bagaimanapun, atas dasar bertimbang rasa orang-orang Melayu, UMNO menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan. Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Tetapi jawatan Ketua Menteri tetap dipegang oleh Kaum Cina dari Parti Gerakan. (Lucunya, kini terdapat dikalangan DAP yang membuat lawak mengatakan mereka juga bermurah hati apabila memberikan jawatan Menteri Besar Perak kepada kaum Melayu (PAS) dibiarpun mendapat majoriti kerusi di DUN Perak – ironinya, itupun selepas ribut taufan pergaduhan Lim Kit Siang dengan Istana Perak. Tapi alhamdulillah, semua itu kini hanya tinggal kenangan. DAULAT TUANKU!!!)

Namun bagi penulis, tanpa melihat cadangan ini dalam konteks politik BN atau PR, cadangan ini wajar dipersetujui memandangkan Kaum Melayu di PP telah lama terpinggir masa dahulu, inikan pula pada masa sekarang di bawah pemerintahan DAP yang mengaku kononnya nak laksanakan ‘pemerintahan sebagaimana zaman Khalifah Umar Abdul Aziz’.

3 comments:

  1. haha ! x wajar langsung nk bagi gilir2 tuh

    sbb nnti mereka pula minta gilir jwatan PM Malysia nnti


    ASMd

    ReplyDelete
  2. kalu camtu bagi bn perintah penang la,nanti bagi cina perintah sampai bila-bila walau melayu/umno menang banyak kerusi.Tak gitu?Kenapa masa gerakan perintah dulu pakat diam?Mungkin koh su kon tu melayu gamaknya.Sekarang zaman dah berubah,pemikiran sempit perkauman orang dah tak minat lagi....

    ReplyDelete