Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Friday, October 30, 2009

Siapa Sebenarnya Yang Mula-mula Menduduki Pulau Pinang? -Siri 1-

Mutakhir ini, terdapat usaha untuk menidakkan fakta sejarah bahawa Pulau Pinang atau nama asalnya Pulau Kesatu bukanlah pulau kosong semasa 'dijumpai' oleh Francis Light, sebaliknya telah lama didiami oleh orang-orang Melayu sebelum itu. Fakta palsu yang mengatakan bahawa penempatan asal di Pulau Pinang terdiri daripada orang-orang British serta pendatang dari tanah Besar China amat-amat disokong khususnya oleh para chauvinist bagi meneruskan 'Ketuanan Cina' di pulau tersebut, terutamanya setelah timbul cadangan supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan antara kaum-kaum tempatan. Idea untuk menunjukkan bahawa sesebuah kawasan di semenanjung dijumpai oleh British dan kaum-kaum lain termasuk Melayu sebagai pendatang sebenarnya berasal daripada Pemerintah Moden Singapura. Dilema Singapura yang merupakan 'sebuah pulau cina ditengah-tengah kepulauan Melayu' sebagaimana diakui oleh Lee Kuan Yew telah memaksa mereka merombak (atau mengubah?) pelajaran sejarah Singapura di sekolah-sekolah dengan mengatakan bahawa Singapura dijumpai dan dibuka oleh pihak British melalui Stamford Raffless, sementara kaum Cina, Melayu dan India di pulau tersebut semuanya adalah pendatang dari tanah besar masing-masing.

Walaubagaimanapun, penulisan ini bukannya mahu menceritakan mengenai Singapura (mungkin di lain waktu), sebaliknya mengenai pembukaan Pulau Pinang menerusi 2 sumber, yang mungkin tidak akan dipaparkan di media-media massa atas sebab-sebab tertentu. Maklumat alternatif ini tidak boleh dibiarkan untuk disimpan begitu sahaja, sebaliknya perlu dikemukakan supaya masyarakat umum dapat berfikir dan membuat kajian serta penyelidikan sendiri untuk mengesahkan kesahihan fakta-fakta ini yang mungkin telah digelapkan dengan sengaja oleh pihak-pihak yang berkepentingan.




1) Pembukaan Oleh Pembesar Dari Sumatera

Penulisan bagi siri pertama ini akan memfokuskan terlebih dahulu kepada beberapa sumber yang menyatakan bahawa Pulau Pinang telah dibuka oleh beberapa pembesar yang berhijrah dari Sumatera.

Daripada catatan seorang pengembara Inggeris, James Lancaster, menyatakan Pulau Pinang sebelum tahun 1591 didapati tidak berpenghuni, dipenuhi pokok Pinang dan hanya sesekali sahaja dikunjungi anak raja dari Kedah untuk berkelah dan bermain.

Menurut Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, seorang pensyarah dari Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas, yang telah mengkaji sejarah pembukaan Pulau Pinang sejak akhir tahun 1990-an lagi, berkata seawal abad ke-18 beberapa kawasan di Pulau Pinang, termasuk Batu Uban dan Gelugor sudah diduduki orang Melayu. Katanya, pada awal 1700, Batu Uban dibuka sekumpulan orang Melayu berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera diketuai Mohamad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Intan, manakala di Gelugor pula kawasan seluas kira-kira 40 hektar diterokai Dato’ Jenatun ibni Raja Labu serta pengikutnya yang juga berasal dari Pagar Ruyong sejak tahun 1749. Beliau berkata, tanah seluas kira-kira 40 hektar yang diterokai Dato’ Janatun di Gelugor itu adalah pemberian Sultan Kedah ketika itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah ll. Bagi menghargai kurniaan Sultan Kedah itu, Dato’ Janatun menghadiahkan pula kepada baginda 10 buah naskah al-Quran bertulisan tangan yang dibawa dari Pagar Ruyong.

Dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society (Jambras) Jilid 7 keluaran 1929, ada catatan mengenai orang Melayu yang sudah membuka ribuan hektar tanah di Jelutong, Batu Lancang, Sungai Gelugor, Batu Uban, Sungai Dua dan Sungai Nibong sebagai tempat kediaman serta kawasan pertanian lama sebelum Francis Light tiba.Daripada hasil kajiannya, orang Melayu yang tinggal di Pulau Pinang sebelum tahun 1786 sudah membentuk institusi sosial yang lengkap dan mempunyai ketua serta golongan ulama yang bertindak sebagai pemimpin agama serta kerohanian yang berpusat di masjid.

Dengan bukti-bukti sejarah seperti buku, artikel dan salasilah, Ahmad Murad memberitahu, Dato’ Jenaton berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera, Indonesia, sebelum beliau berpindah pula ke Batu Bara yang juga terletak di Sumatera. Menurutnya, pasangan Dato’ Jenaton dengan isteri pertamanya, Ambun Suri dari Pagar Ruyung tidak dikurniakan anak. Apabila beliau berhijrah ke Baru Bara, Dato’ Jenaton berkahwin pula dengan Tuan Gadih atau Cik Puang, anak pembesar di sana dan dikurniakan seorang anak. Selepas berhijrah dan membuka Pulau Pinang pada tahun 1749, Dato' Jenaton melalui perkahwinan ketiganya dengan seorang wanita berketurunan Arab-China, dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.Namun, satu perkara yang dikesalkan Ahmad Murad dan seorang lagi pengkaji sejarah Pulau Pinang serta salasilah Dato’ Jenaton, Fazil Shuhaimi Talib, nama isteri ketiga individu yang membuka Pulau Pinang seperti didakwa mereka itu sehingga kini masih belum ditemui. Namun beliau akan terus mengkaji dan mendapatkan nama isteri ketiga Dato Jenaton itu kerana beliau merupakan asal-usul keturunan Dato’ Jenaton di Malaysia, termasuklah Ahmad Murad dan Fazil sendiri yang merupakan sepupu merangkap waris generasi ke enam Dato' Jenaton.

Pada tahun 2002, sebuah persatuan tidak berdaftar yang dinamakan Jawatankuasa Keluarga Dato' Jenaton telah ditubuhkan. Salasilah keluarga ini juga mencatat beberapa nama besar waris Dato’ Jenaton seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail; dan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh. Rozali merupakan pengerusi jawatankuasa keluarga itu, sementara presidennya pula ialah Rahmah Abdul Aziz. Ahmad Murad serta Fazil merupakan Ahli Jawatankuasa persatuan berkenaan.

Pada bulan November 2008 yang lalu, seramai 30 orang daripada kira-kira 500 ahli persatuan itu di Malaysia telah ke Batu Bara untuk berjumpa dan bermesra dengan waris Dato’ Jenaton di sana. Waris-waris Dato’ Jenaton dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur itu juga berkesempatan melawat pusara, bangunan serta tinggalan yang mempunyai kaitan dengan individu itu atau warisnya. Di sana, perancangan perjalanan program lawatan mendapat kerjasama sepenuhnya dengan wakil keluarga Dato’ Jenaton sebelah Indonesia, iaitu Bapak M. Yusuf Morna atau dikenali dengan panggilan Buyung. Fazil dan Buyung bertemu di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor secara serius pada tahun 2005 selepas Fazil beberapa kali melawat Sumatera untuk mencari waris Dato’ Jenaton di sana.“Setelah kami diperkenalkan melalui seorang kawan, saya dengan Fazil pada awalnya bertengkar membincangkan identiti Dato’ Jenaton. Ini kerana kajian kami (waris Jenaton di Indonesia) mendapati individu yang dimaksudkan bernama Jenan dan bukannya Jenaton seperti didakwa Fazil. Namun kami akhirnya sepakat bahawa individu yang dicari adalah orang yang sama,” jelas Buyung.

Sewaktu rombongan keluarga Dato' Jenaton dari Malaysia melawat ke Batu Bara, Medan, Indonesia, kumpulan ini turut disambut serta dipertemukan dengan Bupati (Pegawai Daerah) Batu Bara, Orang Kaya Arya Zulkarnain dan Ahli Parlimennya, Drs. Syarkowi Hamid. Menariknya, kedua-dua pembesar daerah yang terletak kira-kira 150 kilometer dari ibu negeri Sumatera Utara, Medan itu juga mendakwa mereka merupakan keturunan Dato' Jenaton di Indonesia."Berdasarkan salasilah, catatan dan bukti lain yang dikemukakan, saya isytihar dan akui keluarga Dato' Jenaton dari Indonesia dan Malaysia adalah daripada 'moyang' yang sama. Saya juga percaya melalui perbualan dengan Prof. Murad, Jenaton yang dahulu tiba dan membuka Pulau Pinang," ujar Arya. Menurutnya lagi, penemuan bukti sejarah itu diharap dapat mengeratkan hubungan Malaysia dan Indonesia amnya.

Bagi Ahmad Murad dan Fazil serta seluruh waris Jenaton di sini, sejarah Pulau Pinang yang menyebut ia dibuka oleh Francis Light adalah tidak benar serta memperkecilkan peranan kaum Melayu Nusantara dalam pemerintahan kerajaan tradisional dan moden. Justeru itu, Ahmad Murad meminta kerajaan membantu menyediakan dana untuk kerja-kerja mengumpulkan bukti serta hal berkaitan. Katanya, bukti kukuh mengenai pembukaan Pulau Pinang oleh Dato' Jenaton ialah pusara individu tersebut bersama adiknya, Setia yang terletak di Persiaran Minden 1, Pulau Pinang iaitu di belakang premis Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mendakwa, kubur luas itu menandakan Dato' Jenaton sebagai seorang pembesar di situ pada masa lalu serta disemadikan di tanah yang dianugerahkan kepadanya oleh Sultan Kedah dahulu."Kini, sejarah pembukaan Pulau Pinang perlu diubah dengan menyebut pembuka asal pulau iaitu Dato' Jenaton sebelum kedatangan Light. Ini penting kerana kebelakangan ini beberapa pihak yang tidak memahami dan malas mengkaji sejarah mengatakan orang Melayu juga adalah pendatang di negara ini. Ini yang perlu diperbetul," katanya. Ketibaan Francis Light sendiri yang mendarat di Tanjung Penaga (sekarang Kota Cornwallis) pada 11 Ogos 1786 telah disambut oleh pengikut Datuk Jannaton. Buktinya, sebelum Francis Light sampai, telah terdapat petempatan Melayu dan kubur lama di sekitar Batu Uban.






Bagaimanapun, menurut seorang pensyarah lain dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mahani Musa, yang telah menjalankan kajian sejarah Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu menemui satu jurnal karangan seorang pengkaji Inggeris yang ditulis pada tahun 1795, Menurut catatan jurnal tersebut, Pulau Pinang telah dibuka olah seorang ilmuan Islam dari Acheh bergelar Dato' Keramat pada 1705 dan membuka perkampungan Melayu di Datuk Keramat yang diambil sempena nama ilmuan Aceh tersebut. Malah catatan Francis Light sendiri menyatakan bahawa selepas empat hari beliau mendarat di Pulau Pinang, terdapat 30 penduduk Melayu yang memanggil tempat ini sebagai Tanjung Penaga. Menurut Dr. Mahani, kajian secara terperinci perlu dilakukan bagi memperbetulkan tanggapan umum setelah ada penyelidik sejarah berjaya membuktikan bahawa Pulau Pinang sudah pun diterokai oleh orang Melayu sebelum kedatangan Francis Light.

Kesimpulan

Penerangan daripada kedua-dua sumber tersebut jelas menunjukkan bahawa orang Melayu memang telah lama membuka dan menduduki Pulau Pinang sebelum kehadiran Francis Light. Adalah satu penghinaan apabila mengatakan Pulau Pinang dibuka oleh pihak British seolah-olah orang Melayu di tanah besar Semenanjung tidak menyedari kewujudan pulau tersebut, sedangkan sejak zaman Srivijaya lagi, pelaut Melayu telah belayar hingga ke pantai timur Afrika dan menjumpai Pulau Madagaskar (hingga kini keturunan mereka masih ada di sana dan dikenali sebagai orang Merina), tetapi logikkah sebuah pulau yang terbentang di hadapan mata tidak disedari atau diterokai?

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, Pulau Pinang sebagai salah satu wilayah Negeri Selat, tidak seperti Dinding yang dipulangkan semula kepada Negeri Perak, diberikan status sebagai sebuah negeri tersendiri, biarpun masyarakat Melayu tidak lagi menjadi kaum majoriti di pulau tersebut. Ada pendapat yang mengatakan Pulau Pinang dibiarkan menjadi sebuah negeri yang tersendiri atas pertimbangan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, atas sebab komposisi penduduk Pulau Pinang yang lebih ramai bukan Bumiputera, dibimbangi akan menjejaskan keseimbangan penduduk di Negeri Kedah. Adakah Pulau Pinang akan dipulangkan kembali menjadi sebahagian daripada wilayah Negeri Kedah Darul Aman pada masa hadapan? Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.




Sumber :

1) Berita Harian, 8 Ogos 2007
2) Utusan Malaysia, 26 Disember 2008

10 comments:

  1. ako mati2 ingat gossip ni cam ada kebenarannya, tapi pastu bile ako tengok sumber, rupe2nye bersumberkan paper gossip.

    tahniah.

    ReplyDelete
  2. Pening betul mangkuk ini, memang la orang tau ada pulau, kalau buta baru tak tau.... kalau bina bangunan baru... takkan bangla atau indon yang masuk pintu dulu dikira membuka bangunan itu kan dulu kan.... tak faham bahasa inilah akibatnya.

    Betul tahniah. 10 minit dari hidupku dirugikan oleh hang. hang memang pencuri oksigen dunia.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, terima kasih atas pandangan. Peribadi anda sungguh terserlah.. =)

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  4. apa masalah pulaklah anon kat atas tu... =/

    bayangkn if ada org buat open house, jemput org tttentu utk datang makan. tetiba lak ada sorg mangkuk ayun yg tak tau malu dtg makan, then x pasal2 marah tuan rumah pasal makann yg dsediakn x kena ngan selera dia. walhal tuan rumah tu tak suruh pun dia makan. lagi teruk, x jemput pun dia dtg..

    ni blog ko ke? bukan kan... dah tu, suka ati owner blog nilah nak letak apa kat blog dia. ada ke sesapa paksa ko baca artikel kat atas ni?

    macam ni punya org pun ada.. apa malang la mak bapak ko dapat anak macam ni. dah la budi bahasa tahap longkang. ke ko ni anak gampang? mak bapak buang ko then org kutip kat dalam tong sampah? seb bek bukan blog aku. kalau kat blog aku la ko tulis camtu, siap la kena maki..

    ReplyDelete
  5. assalamu'alaikum ibnu rusydi,

    sejarah peradaban manusia banyak dikaji & siperincikan supaya manusia boleh belajar mengikut budaya (cara hidup termasuk agama,keluarga, nilai2 masyarakat & negara) sesuatu tempat sesuai dgn asal-usul manusia itu sendiri. malangnya ada manusia yg gagal belajar dari sejarah tersebut. kita dapat lihat betapa anak muda hari ini lupa asal-usul & jatidiri bila budi bahasanya juga sudah rosak, dirosakkan oleh fahaman yg songsang tentang sejarah & nilai budi keturunan sendiri. mrk lebih senang mencedok budaya asing yg mrk rasakan lebih mudah digunapakai, walhal bila mrk menginjak dewasa & tua, barulah mrk sedar betapa nilai & jati diri mrk yg sebenar sudah jauh mrk tinggalkan. di waktu itu, nak mengucap pun mrk tak dapat......

    ReplyDelete
  6. Salam saudara anti bohmau,

    Ya, saya setuju dgn pandangan saudara itu...

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  7. salam...saya rasa bannga jadi salah seorang keluarga Dato' Jenaton.

    ReplyDelete
  8. Salam, bagaimana pula dengan keluarga arwah Tun Yusof Ishak di Singapura? Saya pernah bekerja dengan anak saudara arwah Tun.

    ReplyDelete
  9. TUN YUSOF ISHAK adalah keturunan Dato Jenanton.. sila rujuk buku MENCARI BAKO..karangan Abdul Azis Ishak.

    ReplyDelete