
Di Provinsi Kalimantan Timur, Indonesia, pernah berdiri beberapa buah negeri Melayu, yang terdiri daripada Kesultanan Bulungan, Kesultanan Berau (kemudian berpecah kepada dua iaitu Kesultanan Gunung Tabur dan Kesultanan Sambaliung), Kerajaan Kutai Kertanegara Ing Martadipura dan Kesultanan Pasir (nama lainnya Balengkong / Sadurangas). Daripada keseluruhan Kesultanan Melayu terbabit, terdapat dua buah Kesultanan yang paling menarik minat penulis, iaitu Kesultanan Kutai dan Kesultanan Bulungan.

Peta Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur

Lambang dan bendera Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur
Kesultanan Kutai dianggap oleh sejarahwan Indonesia sebagai Kerajaan (Kingdom) tertua yang pernah wujud di Indonesia. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan Yupa / Prasasti yang dikatakan berasal dari abad ke-4 Masihi. Melalui Yupa tersebut, dapat diketahui bahawa Raja Kutai ketika itu bernama Mulawarman, yang merupakan anak kepada Aswawarman dan cucu kepada Kundungga. Jika nama Mulawarman dan Aswawarman mempunyai pengarah Bahasa Sanskrit, sejarahwan Indonesia menganggap nama Kundungga adalah nama asli tempatan. Dan Kundungga ini dikatakan datang dari Champa (Indochina). Nama Kutai juga ada disebut di dalam sastera kuno Jawa iaitu Negarakertagama. Sebelum abad ke-16, negeri ini terbahagi kepada dua iaitu Kutai Kertanegara dan Kutai Martadipura. Ia telah disatukan oleh Raja Aji Pangeran Sinum Panji Mendapa dari Kerajaan Kutai Kertanegara yang kemudiannya menamakan gabungan kedua-dua Kerajaan ini sebagai Kutai Kertanegara Ing Martadipura. Hanya pada abad ke-17, barulah Kerajaan ini menjadi sebuah Kesultanan Islam dan Raja-raja Kutai mulai memakai gelaran Sultan.

Yupa yang dijumpai di Kutai

Ketopong atau Mahkota Sultan Kutai yang bersalut emas
Bagi Kesultanan Bulungan pula, namanya bergema di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) apabila pihak Republik Indonesia menjadikannya sebagai hujah apabila mendakwa Pulau Sipadan dan Ligitan yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Indonesia merupakan sebahagian daripada wilayah taklukan Kesultanan Bulungan, yang kini berstatus Kabupaten Bulungan di dalam Republik Indonesia. Ironinya, sewaktu era kemerdekaan Indonesia dahulu, tentera-tentera Indonesia jugalah yang telah menjarah dan membakar istana serta membunuh sebahagian kerabat Di Raja Bulungan pada 23-24 Julai 1964, dan seterusnya menghapuskan sama sekali kuasa dan kedaulatan Kesultanan Bulungan. Apa sebabnya? Sultan Bulungan dituduh mahu membawa keluar Negeri Bulungan dari Indonesia yang merupakan sebuah negara Republik dan menyertai Malaysia yang masih mengekalkan kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu, biarpun tuduhan ini kemudiannya dinafikan oleh kerabat Kesultanan Bulungan. Sebagai buktinya, foto bersejarah di bawah ini memaparkan Sultan Bulungan memimpin perkibaran bendera Indonesia di hadapan Istana dalam sebuah upacara rasmi pada 17 Ogos 1949, yang merupakan tarikh pengisytiharan kemerdekaan Indonesia oleh Presiden Soekarno.

Apa pun, jika ditanya kepada rakyat Malaysia dan Indonesia, sudah tentu masing-masing akan mengeluarkan hujah bagi menyokong dakwaan bahawa Pulau Sipadan dan Ligitan adalah dibawah kedaulatan negara masing-masing. Bagi penulis pula, Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Indonesia telah sama-sama telah bersetuju untuk membawa pertikaian ini ke ICJ dan kedua-dua belah pihak telah diberi peluang dan keadilan yang sama rata untuk mengemukakan hujah masing-masing. Dan ICJ telah memutuskan bahawa kedua-dua pulau terbabit adalah milik Malaysia. Keputusan yang sudah tentu pahit untuk diterima oleh Indonesia, sebagaimana peritnya Malaysia apabila ICJ memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura. Apapun, keputusan ICJ ini perlu dihormati oleh semua pihak yang terlibat.
Sebagaimana di Kalimantan Barat, Kesultanan-kesultanan Melayu di Kalimantan Timur juga telah bergabung selepas pasca Perang Dunia ke-2 untuk membentuk Federasi Kalimantan Timur, sebagai salah satu komponen dalam Republik Indonesia Serikat. Walaubagaimanapun, pada awal tahun 1960, akhirnya kedaulatan kesemua Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur ini dihapuskan dan para Raja dan Kerabatnya kemudian menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa. Walaubagaimanapun, sebagaimana pewaris Raja-raja Melayu di Sumatera Timur dan Kalimantan Barat, pewaris Raja-raja Melayu di Kalimantan Timur juga pada hari ini telah kembali melestarikan takhta dan budaya Kesultanan masing-masing, walaupun pada sesetengah Kesultanan seperti Bulungan dan Pasir, masih terdapat pertikaian tentang siapa yang paling berhak untuk ditabalkan sebagai Sultan yang akan berperanan menjadi pemangku Adat.

Datu Maulana Mamun ibni almarhum Sultan Maulana Muhammad Djalaluddin, antara kerabat kanan Kesultanan Bulungan bersama isteri-isterinya

Sultan Haji Aji Muhammad Salehuddin II, Raja Kutai
Datu Fachruddin ibni almarhum Sultan Mohammad Aminuddin, Raja Sambaliung, bersama ahli keluarganya

Raja Muda H. Aji Bahrul Hadi, Pemangku-Raja Gunung Tabur
Nota :
Terdapat sesetengah Kerabat Di Raja di Kalimantan Timur seperti kerabat Kutai dan Pasir menggunapakai gelaran Aji (kadang kala dieja juga sebagai Adji, Adjie dan sebagainya). Ia merupakan gelaran kehormat Di Raja sebagaimana gelaran Tengku, Pangeran, Gusti dan sebagainya. Ia tidak sama dengan gelaran ‘Haji’ yang digunakan apabila seseorang individu telah sempurna menunaikan rukun fardhu Haji di Mekah.

cuba tuan check, ada juga keturunan Sultan Bulungan di Negeri Sabah. tapi x tahu betul atau x dakwaannnya...
ReplyDeleteAssalamualaikum Saudara penulis,
ReplyDeleteSatu Cerita yang menarik,saya memohon maaf atas kelewatan memberi balasan email saudara. saya sudah pun membalas email saudara mengenai pertanyaan saudara tempoh hari, semoga ianya dapat memberi penjelasan yang berguna.
tentang kesultanan bulungan, saya ada berhubung dengan Pengerusi FSKN YM Raja Kusumodiningrat mengenai status kesultanan bulungan yang mempunyai sedikit kesulitan dalam pemilihan sultan di bulungan. saya berharap ianya dapat di atasi dengan segera serta secara adil dan saksama. semoga keluarga kerabat kesultanan bulungan dapat memelihara adat istiadat serta serta warisan.
sekian.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteto Datu Fazhir : Terima kasih atas penjelasan saudara. sangat2 berguna dan jelas.
to Hafidin : kalau Kesultanan/Kerajaan Jawa, ada 4, Yogyakarta, Surakarta, Mangkunegaran 7 Pakualaman. Datuk saudara mungkin kerabat salah sebuah Kerajaan tersebut. Insya Allah, jika ada maklumat kelak, akan dipaparkan.
Salam hormat,
kawan aku lulusan law yg keja gomen pernah bgtau, salah satu sebab kenapa Indonesia fail untuk tuntut Sipadan & Ligitan adalah kerana derang tak ada dokumen kukuh untuk buktikan pemilikan atas kedua2 pulau tu bbanding ngan negara kita.
ReplyDeletebila baca artikel kat atas, aku terfikir, camnelah dokumen nak cukup, dah derang pegi bakar istana sultan yang kata ada hakmilik atas pulau tu. maybe dokumen2 tu dah hangus sekali. so, padan muka! hukum karma Tuhan kpd org yg dizalimi dah pun terbalas.
apa pun, yg sedihnya, kita kalah Pulau Batu Putih kpd sinkapore atas sebab sama, tak jumpa dokumen perjanjian antara Sultan Johor ngan British. tapi ada yg cakap, dokumen tu sengaja disembunyikan oleh gomen Sinkapore...
assalaamualaikum
ReplyDeleteadakah mereka sebenar raja-raja dari etnik Melayu memandangkan kedudukan mereka jauh dari paksi Melayu iaitu Tanah Melayu, Sumatra, Riau dan pesisiran barat Kalimantan?
Waalaikumussalam,
ReplyDeleteYa, mereka masih Melayu, Melayu Kalimantan, yang tinggal di sepanjang persisiran pantai pulau Borneo. Melayu Kalimantan dibezakan dengan Dayak kerana Melayu beragama Islam. tetapi Banjar dan Melayu Kalimantan, walaupun sama2 Islam di Borneo, tetapi dianggap dua etnik yang berbeza. Tapi sekarang, ada juga etnik Melayu Kalimantan yang menggunakan identiti lebih spesifik, macam Sambas, Kutai dsb. Brunei juga jauh dari 'paksi Melayu', tetapi mereka lebih 'Kemelayuannya' berbanding Malaysia... =)
Di Sumatera pun, hanya kawasan sepanjang persisiran pantai timur yang dianggap Melayu. Dari Temiang hinggalah ke Palembang. Di sebelah utara, etnik Acheh. Di sebelah pantai Barat, etnik2 Batak, Minang, Rejang, Bengkulu, Orang Asli dan Lampung, tak dianggap sebagai etnik Melayu. Harap dapat membantu.
Salam hormat,
Assalaamualaikum
ReplyDeleteterima kasih atas penerangan tuan dan saya menerima dengan sangkaan yang baik. sekarang ini terdapat ramai penulis yang memelayukan berbagai etnik di Asia Tenggara yang mana telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan etnik yang terlibat. saya secara peribadi tidak setuju jika mereka mahu memelayukan etnik yang tidak mahu di melayukan. serumpun atau apa saja.
Salam 1Melayu
orang tak hendak
kita pun tak ingin
Assalam saudara karabat...
ReplyDeleteSaya mau tanya apa kah hubongan kait Kerajaan Brunei dengan Kesultanan di Kalimantan dimana satu makan anakda kesultanan Brunei terdapat di sana.
Mohon kiranya ad sumber sajarah.
Wassalam
Dato Godam
Brunei
Untuk makluman saudara Kowloon, kadangkala terdapat penulis yang menggunakan istilah 'Melayu' untuk merujuk kepada ras, bukannya etnik. Untuk tidak menimbulkan salah faham, saya lebih suka menggunakan istilah moden iaitu 'Austronesian'. Insya Allah, saya akan sentiasa ingat agar tak menjadi seperti kawan2 kita yang fanatik dengan suku masing-masing.
ReplyDeleteKepada Dato Godam, harap tuan dapat lebih detilkan maklumat tersebut.
Salam hormat,
apa yang terjadi di bulungan memang ironis, Kesultanan Bulungan memiliki hubungan yang erat dengan raja-raja melayu, terkhusus lagi dengan Brunei Darussalam, sebab pendiri dari keluarga raja-raja Bulungan adalah Datuk Mancang yang tak lain adalah bangsawan Brunei.
ReplyDeletenama kesultanan Bulungan digunakan untuk menjadi dasar dan hujah untuk dalam kasus Simpadan Ligitan, namun istanan dan kerajaannya sendiri sudah hancur, pelakunya tak lain adalah tentara bangsa sendiri. ironis bukan.
Jatuhnya istana Bulungan membuat sebagian kerabat dan rakyat bulungan hijrah ke Sabah, itu faktanya. sesejurnya saat kisah hancurnya istnan Bulungan ditutup oleh pers, di malaysia informasi itu sudah diketahui oleh kalangan petinggi pemerintah malaysia, bahakan Tun Abdul Razak menyinggung insiden 1964 itu dalam otobiografinya.
saya ucapkan terimaksih pada penulis yang menyinggung permasalahan ini, ohya gambar yang anda cantumkan itu adalah satu dari tiga istana Bulungan yang terbakar.
salam takzim dari saya.
assalam.....wrwb..
ReplyDeletesaya slah satu keturunan kesultanan bulungan..
jd dari apa yang diuraikan diatas,,dapat diketahui bahwa sejak dulu hanya ada bebrapa kerajaan besar di borneo...yaitu bulungan,sambaliung,gunung tabur,pasir belengkong dan kutai kartanegara ing martadipura..jd ihwal mengenai kerajaan didalam kerajaan saya kurang begitu mengetahuinya,,wilayah kesultanan bulungan meliputi wilayah utara pulau borneo yaitu tarakan dan pulau2 kecil lainnya sampai tawau pun masuk wilayah bulungan yang dibebaskan laksmana radja muda ni' dari perompak solok(sulu).....kepada ibnu trema kasih dah mengggunakan bendera kesultanan bulungan tu, kebetulan creatornye saya..salam takjim
wassalam..wr.wb
keturunan sultan khalifatul alam mohamad adil.
kebanyakan keturunan sultan bulungan, sultan gunung tabur dan sambaliung berasal dari keturunan sultan sulu jadi kiranya ketiga-tiga kesultanan ini berasal dari kesultanan sulu
ReplyDelete