Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Monday, October 20, 2014

Orang Asal Hanya Orang Asli, Sabah & Sarawak?

 
 

“Sebenarnya, pilihanraya kecik punya time, I memang ada baca sejarah, OK. Baik orang Melayu, baik orang Cina, baik orang India, memang mereka itu datang dari merata. Cina dari China, Chinese dari China, memang tak boleh nafikan. India dari India. Tapi orang Melayu datang dari Indonesia dan segalanya. Itu memang. Jadi bila kita dah jadikan satu negara, bersama-sama dulu, jangan kita pertikaikan, u pendatang, apa yang u faedah dari cakap-cakap yang tak ye-ye. Tapi sejarah dah membuktikan, kita memang orang pendatang. Itu aje (ketawa). Yang betul-betul yang jadi asal orang kat sini ialah, macam katakan, orang Dayak, Senoi, Negritos, dan orang Sabah, Sarawak. Itulah betul-betul.”

 
Itulah petikan asal kenyataan Tan Lai Soon, perwakilan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) dari Johor yang disiarkan oleh KiniTV dan menjadi viral baru-baru ini. Sebelum ini, Ketua Wanita PGRM iaitu Tan Lian Hoe pada 6 tahun lepas pernah membuat kenyataan yang hampir sama. Disamping itu, Chong Eng, ahli Parlimen DAP juga pada 3 tahun yang lepas ada menyatakan Melayu adalah pendatang dari luar Malaysia dan orang asal hanyalah Orang Asli.
 
Sebelum itu, untuk berlaku adil, kenyataan yang dibuat oleh Tan Lai Soon dibuat berdasarkan temubual dia dengan wartawan KiniTV, bukannya semasa persidangan PGRM. Temubual berkenaan juga dibuat dalam nada yang santai dan bukannya dalam nada provokasi. Kesilapan dia adalah dengan membuat kenyataan yang tidak cerdik dan tidak betul mengenai fakta sejarah negara dalam memberi contoh berkenaan isu perpaduan kepada sebuah portal yang diketahui menentang parti pemerintah. Tetapi dimaklumkan dia telahpun memohon maaf mengenai perkara tersebut.
 
Sebagai sebuah portal yang mengaku kononnya berkecuali tetapi diketahui memang sering mencabar isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam, KiniTV memang bijak mengambil kesempatan dengan menyebarkan isu ini untuk ditanamkan pada pemikiran anak muda kerana telah diketahui parti pemerintah tidak akan mengambil tindakan kerana perkara ini melibatkan ahli parti komponen mereka. Brilliant!

Mungkin boleh diulas sedikit mengenai pemahaman Tan Lai Soon yang tersasar jauh daripada fakta sejarah sebenar. Kerana bukan setakat anak-anak muda, malahan ramai politikus-politikus terutamanya bukan Melayu yang mempunyai anggapan yang sama.

Berkenaan dengan Orang Asli, mungkin masih ramai yang tidak mengetahui bahawa Orang Asli dikenali juga sebagai Proto-Malay. Nama 'Orang Asli' sendiri merupakan sebuah terma umum kerana ia sebenarnya merujuk kepada tiga (3) kelompok iaitu Semang (Negrito), Senoi dan Aborigine Malay. Di bawah 3 kelompok ini pula mereka terbahagi lagi kepada beberapa sub-etnik.

Contoh sub-etnik di bawah Aborigine Malay adalah Kuala, Kanak, Jakun dan Temuan. Aborigine Malay yang tinggal di persisiran pantai dan menjalankan aktiviti perdagangan dan pelayaran adalah lebih maju dan terdedah kepada hubungan antarabangsa. Mereka kemudian menjadi Deutro-Malay. Oleh itu, Orang Asli dan Melayu saling berkait dan mempunyai hubungan yang dekat.

Contoh paling dekat yang dapat dilihat adalah kewujudan Suku Biduanda di Negeri Sembilan. Suku Biduanda merupakan hasil perkahwinan campuran antara Orang Asli di negeri berkenaan dengan Suku Minangkabau yang berhijrah dari Pagaruyung di Sumatera (Rujuk A. Samad Idris (1990) "Payung Terkembang" Pustaka Budiman).

Berkenaan dengan isu Bumiputera Sabah dan sarawak, kita rujuk pula senarai etnik-etnik yang terdapat di kedua-dua negeri berkenaan berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan : 
 
 
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Kadazan-Dusun
Iban
Murut
Melayu
Bajau
Bidayuh
Melayu
Melanau
Lain-lain Bumiputera
Orang Ulu dan lain-lain Bumiputera

 
Nah, dapat dilihat bahawa Melayu juga membentuk sebahagian daripada bumiputera di Negeri Sabah dan Sarawak. Jadi bagaimana pula saudara-mara mereka di semenanjung boleh dituduh sebagai pendatang pula? Kaum Bidayuh yang terdapat di Kuching boleh juga ditemui di Sambas. Kaum Iban juga banyak terdapat di Kalimantan Barat. Begitu juga kaum Murut yang boleh di temui di Kalimantan Timur. Jadi adakah ini bermaksud selepas ini mereka boleh menuduh kaum Dayak juga adalah pendatang dari Indonesia pula? 
 
Sebagai sebuah parti yang mendakwa bukan berasaskan perkauman dan terbuka untuk semua seperti Gerakan dan DAP, bukankah lebih baik dalam persidangan tahunan parti, mereka membuktikan perkara tersebut daripada sibuk memutarbelitkan sejarah negara amnya dan Melayu khasnya? Masih tidak kedengaran dari mulut Gerakan mahupun DAP mengenai sokongan mereka terhadap usaha untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan biarpun mereka paling lantang mengaku sebagai "Malaysian First, Chinese Second". Mengapa pula mereka seringkali mendesak agar peruntukan untuk Sekolah Vernakular bagi kaum-kaum tertentu dinaikkan? Sedangkan kaum-kaum lain seperti Melayu, Orang Asli, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Bidayuh, Melanau, Bisaya, Kelabit, Kayan, Kenyah, Rungus, dan sebagainya semuanya pergi ke Sekolah Kebangsaan. Siapa yang sebenarnya Malaysian First??! 
 
Jika sebelum persidangan bermula, Presiden Gerakan iaitu Mah Siew Keong ada menyatakan yang ahli dan pemimpin parti Gerakan yang mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman akan dikenakan hukuman berat termasuk dipecat, serta mencadangkan agar parti-parti komponen pemerintah yang lain untuk turut mengambil tindakan serupa. Tetapi sehingga kini, masih belum keluar sebarang kenyataan mengenai tindakan yang akan diambil terhadap kenyataan yang telah diucapkan oleh Tan Lian Hoe dan Tan Lai Soon sebelum ini.
 
Penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai isu tuduhan Melayu berasal dari Indonesia, kerana perkara ini telah ditulis dan diulas panjang dalam buku "Membongkar Rahsia Dunia Melayu" yang akan diterbitkan kelak di bawah tajuk "Penghijrahan di Alam Melayu". Sebagai tambahan, dua artikel lama boleh juga dirujuk dan dibaca kerana turut berkaitan :
 
 
 

10 comments:

  1. Kpd tuan blog yg dihormati...

    Sebenarnya saya merasakan pelajaran SEJARAH yang diajarkan di sekolah telah GAGAL secara total menerapkan kefahaman yang jelas kpd warga Malaysia seluruhnya bahawa Melayu itu sebenarnya sudah ribuan tahun menghuni di Tanah Melayu.

    Pelajaran SEJARAH di sekolah nampaknya lebih cenderung menekankan sejarah kerajaan Melaka yg mana pengasasnya dipercayai datang dari luar semenanjung Tanah Melayu. Kefahaman begini telah mencetuskan rasa bahawa sejarah Tanah melayu ini hanya bermula pada zaman kerajaan Melaka dan orang Melayu baru hadir di Tanah Melayu pada zaman kesultanan Melaka yang mana sebelumnya, tiada melayu yg menghuni di Semenanjung Tanah Melayu. Kefahaman sebeginilah yg sebenarnya dianuti orang ramai warga Malaysia termasuk orang melayu itu sendiri.

    Di atas kelemahan inilah golongan chauvanis begitu mudah membuat dakwaan yg bukan-bukan seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju penuh dengan pandangan tuan. Itulah yang kami sedang usahakan.. Mengubah persepsi masyarakat tentang sejarah sebenar bangsa kita..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan Blog,

    Saya menyokong penuh usaha Tuan beserta rakan2 sealiran Tuan kerana saya bimbang memikirkan corak pemikiran generasi Melayu sebaya saya iaitu Gen-Y. Walaupun ada di kalangan mereka yg bergelar pegawai, namun apabila ditanyakan bilakah sejarah Melayu bermula jawapan yg diberi adalah 1511, yg jelas merupakan jawapan yg SALAH. Mrk juga lupa bahawa nenek moyang Melayu pernah beragama Hindu & Buddha. Malay Archipelago juga bagai tiada dlm pengetahuan sehingga mengandaikan Indonesia, Malaysia, Filipina dll itu sudah wujud beribu tahun lalu

    Corak pengajaran yg membosankan oleh majoriti guru juga menjadikan bangsa Melayu sendiri bosan utk mengkaji sejarah.

    Ttp syukur Alhamdulillah, berkat keceluparan cauvinist dan pariah di malaysia, akhirnya mata2 anak Melayu mula terbuka dan mencari salah silah keturunan sendiri yg gah sebenarnya. Cumanya, memerlukan sedikit sentuhan kreatif/provokasi utk para Melayu ini rajin membaca Sejarah.

    Saya tidak sabar ingin membeli buku kolaborasi Tuan di pasaran yg merupakan jawapan kepada soalan2 dangkal dan menjengkelkan yg terluah dr mulut dan akal jengkel pendatang ke Tanah Melayu ini yg asalnya tidak diundang oleh nenek moyang kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan!

      Kami telah banyak berunding dengan Penerbit agak grafik buku yang bakal terbit ini lebih menarik dan tak semata2 teks bagi mengelakkan pembaca bosan.

      Kami sedang cuba mengubah stigma dan persepsi umum yang mengatakan buku sejarah boring.

      Itu yang termampu kami lakukan. Terima kasih atas sokongan tuan.

      Delete
  4. Assalam saudara

    sejak zaman sekolah saya meminati sejarah dan banyak membaca cerita melayu lipurlara (tajuknya kebanyakan telah lupa)..pernah saya tanyakan kepada guru sejarah saya di mana bangsa melayu sebelum melaka, jawapannya 'ikut silibus'..

    pd masa itu saya merasa bagai satu tarikan serta minat utk membaca dan mendapat maklumat tentang senjata keris..salah satu warisan mistik nenek moyang kita.begitu misteri dan mistik bagi saya.apabila meningkat dewasa dan disibukkan oleh dunia, minat itu semakin luntur.

    saya juga tidak sabar menunggu buku tuan, semoga ia akan menjadi pemangkin pemerkasaan jatidiri melayu anak-anak muda melayu kini dan menjawab tuduhan melulu dan dangkal terhadap asal usul melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukacita dimaklumkan artikel berkaitan senjata keris memang ada dimuatkan dalam buku ini. Ditulis oleh rakan saya Tuan Semantani yang memang bidang kajian dia berkaitan senjata.

      Jangan lupa dapatkan buku ini dipasaran kelak. Terima kasih atas sokongan tuan!

      Delete
    2. Hairan bin ajaib, sewaktu Melaka diserang portugis, mesti Melaka ada kapal bersenjata spt meriam..tp dimanakah meriam-meriam itu?bagaimanakah bentuk/design kapal armada Melaka?lelaki Melayu dahulu kebiasaannya ada 2 keris setiap masa,tp dimanakah keris-keris itu semua skrg?apakah itu 'bisa' keris?

      Itulah persoalan2 yg menerawang dlm minda saya sewaktu sekolah/remaja dulu..

      Terima kasih kembali kepada tuan, al-semantani,srikandi atas segala titikpeluh,susahpayah dlm menghasilkn buku.serta yg paling penting, ilmu yg dicurahkan dlm buku tersebut.Allah swt shj yg dapat membalasnya.

      Delete
    3. Topik berkaitan senjata api dan keris ada dimuatkan dalam buku ini. Kedua-duanya tulisan Tuan Semantani sebab topik tu memang favourite dia.

      Alhamdulillah. Terima kasih juga atas sokongan tuan. Buku ni hanya menjawab beberapa isu yang seringkali diputarbelitkan oleh pihak2 tak bertanggungjawab. Memang menjadi hasrat kami agar buku ni dapat dibaca seluas mungkin.

      Benar tuan. Memamg hasrat kami agar buku ni moga2 dapat jadi amal jariah kami untuk menyebarkan ilmu seluas mungkin. Bukan wang yang dikejar kerana kalau itu yang jadi niat, memang tak berbaloi dengan penat bersengkang mata berhari-hari untuk menyiapkan tulisan buku ini.

      Jangan lupa dapatkannya nanti. Boleh juga hadiahkan se'copy' lagi untuk ibubapa atau anak buah.. =)

      Salam hormat,

      Delete
  5. kalau Melayu asal Sumatera, orang Sumatera pula asal mana ? planet pluto ke ? yang sebenarnya orang Sumatera yang berasal dari Tanah Melayu ... buktinya ... kalau di katakan orang Cina berasal dari Jepun adakah anda setuju ? kalau di katakan orang India adalah berasal dari Sri Lanka, adakah anda setuju ? tentu anda tak setuju sebab Jepun adalah pulau, Sri Lanka adalah pulau, begitu juga Sumatera adalah sebuah pulau ... mana mungkin tiba2 ada orang di Sumatera kalau bukan berhijrah dari Tanah Melayu yang merupakan tanah besar terdekat dan ini berlaku beribu2 tahun dahulu ... bukan nak kata, tapi kualiti orang Cina yang datang ke Tanah Melayu dulu memang " low class" di sana, mereka tak ada apa2 di sana, hanya sekadar kuli batak yang tak diperlukan oleh negara Cina sendiri, sebab itu mereka sanggup datang ke Tanah Melayu sepertimana kaum Rohingya sekarang. dan mentaliti inilah, second class citizen, third class citizen yang di war2kan oleh Dapsters ini membuktikan perkara ini...walaupun kaya dan bergaya tetapi mentaliti kuli tetap di hati ... apa nak buat memang DNA low class ...

    ReplyDelete
  6. bajau ne ada di Philippines jga...mcm mna bleh bumi putra

    ReplyDelete